KISAH HOS

Bagaimana Dennis menjadi hos

Dennis menjadi hos di London untuk fleksibilitinya

Apakah motivasi anda untuk mula menjadi hos?

Saya pernah mendapat penyewa daripada neraka. Lelaki yang benar-benar baik tetapi seorang yang teruk untuk tinggal bersama, jadi selepas dia berpindah, kawan yang baik mengesyorkan Airbnb, jadi saya memutuskan untuk mengambil risiko.

Apakah yang anda bimbangkan sebelum anda mula menjadi hos?

Saya tidak akan lupa memikirkan "Apa yang saya lakukan, saya mungkin menjemput pembunuh kapak untuk menginap di rumah saya" malam sebelum tetamu pertama saya tiba. Dia seorang lelaki yang sangat baik daripada Boston yang tiba dengan tongkat. Dia adalah peringatan yang baik kepada saya untuk sentiasa ingat untuk memenuhi impian saya.

Bagaimana anda membuat persiapan untuk memastikan tetamu mendapat pengalaman yang hebat semasa mereka tiba?

Kemas kini maklumat sebanyak mungkin mengenai kawasan kejiranan tempata saya, pastikan semuanya bersih dan kemas, beri perhatian kepada perincian seperti memastikan anda ada kertas tandas yang mencukupi, kerana saya sentiasa hairan berapa ramai tetamu yang cemas mengenai perkara ini.

Adakah gaya hidup anda berubah selepas menjadi hos?

Tidak begitu banyak kerana saya sesuaikan Airbnb dengan gaya hidup saya sendiri sebanyak mungkin dan apabila saya perlu berehat saya boleh sekat beberapa "masa saya" pada kalendar Airbnb dengan mudah.

Apa perkara yang anda paling suka tentang menjadi hos?

Diajak keluar makan malam oleh tetamu.

Adakah Jaminan Host merupakan perkara penting bagi anda?

Oh, sudah pasti. Ia salah satu perkara yang membantu saya memutuskan untuk menyertai Airbnb, kerana jika ada kerosakan atau masalah, saya ada sesuatu untuk dijadikan sandaran. Saya ada poster seorang penyanyi terkenal yang sangat saya sayang, dan saya rasa saya telah memilikinya hampir 37 tahun. Jika poster itu rosak, saya pasti akan teramat sedih. Jadi mengetahui yang barang berharga seperti itu dilindungi oleh Jaminan Hos amat menenangkan hati saya.

Apakah yang paling membanggakan anda sebagai hos?

Penyenaraian saya terpilih untuk muncul dalam iklan Airbnb. Wow!

Kisah hos lain

Mula mencipta penyenaraian anda